Friday, December 3, 2010

Syaitan mengejutnya untuk solat

 Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir dengan tujuan untuk mengejutkan beliau.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh"..jawab si syaitan
Kehairanan, lalu Syeikh Abdul Qadir bertanya, "Kenapa?"
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan ALLAH.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius," kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, "Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!"..

Pengajaran: Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahja arif tentang amalan baik dan jahat, tetapi juga arif tentang keutamaan amal.


Sumber: Majalah Solusi

Note: Muhasabah diri kita semua..=)...p/s Jangan lewat utuk solat subuh..time macam nilah syaitan paling kuat untuk menggoda kita..renung-renungkan ..

No comments:

Post a Comment