Thursday, December 2, 2010

Piala AFF Suzuki 2010- 'Harimau' Tumbang di Stadium Bung Karno

"5-1?"..saya bermonolog. Macam tak percaye je bile saya mendengar dan membaca berita tersebut. Berita mengenai kekalahan pasukan Malaysia kepada pasukan Indonesia pada perlawanan semalam dalam aksi kumpulan A Piala AFF Suzuki(sebelum ni dikenali dengan nama Piala Tiger).."Biar betul?"..bisik saya...."tak kanlah teruk sangat sampai kene belasah sampai 5 gol "..saye terus bermonolog. Saya tidak berkesempatan menonton perlawanan semalam dek kerana menemani ibu bapa saya mengambil adik saya yang bersekolah agama di Rembau..jarak perjalanan yang agak jauh menyebabkan kami sampai lewat di rumah dalam jam 10 malam..Takpelah, itu cerita lain..huhu..yang saya nak ceritakan  di sini adalah mengenai kekalahan pasukan Malaysia kepada Indonesia dengan jumlah jaringan yang agak besar..5 gol berbalas satu!! Ape yang menariknya, skuad Malaysia mendahului pasukan Indonesia terlebih dahulu menerusi jaringan pemain Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha sebelum dibalas semula oleh pasukan Indonesia dengan 5 gol..(satu jaringan Indonesia disumbangkan oleh pemain Malaysia sendiri atau dalam erti kata lain own goal..tak silap pemain Malaysia yang terbuat own goal tu namenye Asraruddin Putra Omar)...hem..mungkin sudah takdir...kerapuhan benteng pertahanan skuad Malaysia dipersoalkan dalam kekalahan yang agak memalukan ini.."Pemain kene muhasabah balik ni"..bisik saya.

Saya mungkin antara jutaan rakyat Malaysia yang sentiasa ingin mengambil tahu perkembangan bola sepak Malaysia. Selepas menjuarai pingat Emas Sukan Sea 2007 di Laos, prestasi skuad Malaysia dilihat dalam keadaan yang biasa-biasa..(pandangan peribadi). Dan dalam sukan Asia baru-baru ini, skuad Malaysia dilihat mempamerkan prestasi yang agak memberangsangkan apabila buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun, skuad bimbingan K.Rajagopal ini melangkah ke pusingan kedua namun tumpas di tangan Iran dengan jaringan 3 gol berbalas satu. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan taktala pasukan Malaysia kehilangan 10 tonggak utama sebelum berangkat ke Sukan Asia dan ditambah lagi dengan  kehilangan 3 pemain utama kerana dilayangkan 3 kad merah semasa perlawanan menentang China. Dan akibatnya?mereka tidak dapat bermain untuk perlawanan seterusnya yakni  menentang Iran.

Skrip yang sama berulang lagi taktala persiapan menuju Piala AFF. Jurulatih skuad negara K.Rajagopal menyatakan bahawa skuad Malaysia tempang lagi dengan siri kecederaan yang menimpa kebanyakkan pemain utama mereka terutamanya di bahagian pertahanan. Natijahnya, skuad Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pemain Harimau Muda yang rata-ratanya berusia 20 tahun dan ke bawah untuk mengepalai benteng pertahanan diketuai Muslim Ahmad. Dan seperti diketahui dalam perlawanan semalam, Malaysia dibelasah Indonesia dengan jaringan 5 gol berbalas satu dek kerana kerapuhan benteng pertahanan Malaysia.(Hem..cube lagi Malaysia..Malaysia Boleh!!)..

Saya seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain, mengimpikan satu hari nanti Malaysia akan meneruskan kembali legasi kecemerlangan bola sepak Malaysia satu ketika dahulu yang cukup digeruni pihak lawan. Mungkin juga satu hari nanti kita juga dapat merasakan nikmat beraksi di Piala Dunia..sape tahu kan?
Korea Selatan umpamanya yang dahulunya merupakan musuh ketat dan sama tarafnya dengan kita dalam arena bola sepak telah jauh meninggalkan kita dan merupakan satu-satunya negara Asia pertama yang melangkah jauh hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2002.Satu pencapaian yang pastinya dicemburui olah kita..Pemain-pemain Korea Selatan umpamanya telah berjaya memikat kelab-kelab besar Eropah untuk bermain bersama mereka. Dan yang paling terkenal tentulah pemain Manchester United, Park Ji Sung yang juga telah mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya pemain Asia yang bermain di dalam final Liga Juara-Juara Eropah..(agak-agak bila kita nak tengok pemain tempatan bermain untuk kelab macam M.U? )

Berbalik kepada kekalahan kepada Indonesia tadi..saya berharap dan saya juga yakin peminat-peminat dan pencinta bola sepak tanah air kita tidak mahu lagi skrip yang sama berulang taktala pasukan Malaysia beraksi menentang pasukan Thailand sabtu ini. Mungkin K.Rajagopal juga telah merencanakan sesuatu untuk pertemuan berdepan Thailand sabtu ini. Perlu di ingatkan juga, Thailand bukanlah calang-calang pasukan dan hingga kini masih dianggap kuasa besar bola sepak di Asia Tenggara.Dan buktinya, pada saingan Sukan Asia baru-baru ini, mereka telah berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir..(satu peringkat lebih dari Malaysia..kui3).. Meskipun menerima  kejutan apabila di ikat pasukan kerdil, Laos dalam perlawanan pertama mereka untuk kempen Piala AFF Suzuki,cabaran mereka tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan Malaysia. Ini kerana Thailand juga pastinya berazam untuk memulihkan semula semangat dan maruah mereka yang hampir tercalar dek keputusan seri 2-2 dengan Laos. Namun perlu diingatkan juga, bola itu bulat dan tiada apa yang mustahil dalam permainan bola sepak..(selalu dengar jurulatih-jurulatih bola sepak sebut..nak bangkitkan semangat agaknya bila berdepan pasukan-pasukan handalan..huhu)..
Apepun, sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan perlawanan Sabtu ini..moga pasukan Malaysia berjaya menterbalikkan skrip kekalahan kepada skrip kemenangan ketika beraksi menentang Thailand nanti. Ayuh pasukan Malaysia!! tunjukkan taring sebenar anda..Malaysia Boleh..!

note: (saya peminat Micheal Owen (mungkin sebab pengaruh ayah), huhu..tapi kenapalah pemain kegemaran saya ni selalu cedera?kui3)




(Antara akhbar tempatan yang menyiarkan berita mengenai kekalahan pasukan Malaysia)

No comments:

Post a Comment