Wednesday, December 1, 2010

Cinta di langit GAZA-Travelog aktivis kemanusiaan

"Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia.Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang.Cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya".~sedikit petikan dari sebuah buku yang bertajuk "Cinta di langit Gaza" nukilan seorang pendakwah yang aktif  juga seorang aktivis kemanusian, Ustaz Riduan Mohamad Nor.(semua orang kenal rasenye ustaz ni..huhu)

Buku yang diletakkan tajuk "Cinta di langit Gaza" bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Seribu satu pengalaman aktiviti kemanusiaan dimuatkan dalm buku yang setebal 291 muka surat ini. Buku ini tidak sekadar memfokuskan pengalaman ketika di Gaza, malah di tempat lain yang ditimpa bencana seprti Acheh, Pakistan, Lubnan dan sebagainya. Membaca buku ini bagi saya seolah olah merasakan yang kite juga terlibat secara langsung dengan aktiviti kemanusiaan yang dijalankan penulis buku bersama rakan-rakan beliau.Antara yang menarik perhatian saya dalam buku ini, diceritakan juga pengalaman penulis buku mengenai birokrasi pihak berkuasa Mesir yang sedaya upaya cuba menghalang aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia untuk melepasi sempadan Rafah bagi memasuki Gaza. Malah ada yang berminggu-minggu tersadai di Rafah crossing dek kerana kedegilan pihak berkuasa Mesir.Namun dengan izin ALLAH, dibantu juga dengan kehadiran Mr.Kamal, orang tempatan Mesir, akhirnya rombongan penulis buku beserta rakan-rakannya berjaya melepasi Rafah crossing bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan mereka.Itu adalah antara secebis pengalaman yang diceritakan dari buku tersebut..Nak tahu lebih lanjut pengalaman Ustaz Riduan dengan misi kemanusiaan beliau?..belilah buku tersebut..(huhu)

Ibrah atau pengajaran yang boleh kita ambil setelah membaca buku ini sungguh banyak.Namun yang paling utama adalah kesedaran kita sebagai umat Islam yang mengaku bersaudara atas tali akidah mengambil tahu akan keadaan saudara-saudara kita di tempat lain khususnya Gaza yang sentiasa bermandi darah saban hari. ALLAH telah berfirman "Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara"..apa makna bersaudara jika kita hanya berpeluk tubuh, memangku lengan atau orang kelate panggil buat 'dono' melihat saudara-saudara seakidah kita dalam kesusahan tanpe terdetik pun sekurang-kurangnya untuk membantu mereka atau mendoakan mereka. Nabi S.A.W juga ada mengingatkan kita bahawa " Barangsiapa yang tidak mengambil urusan kaum muslimin, maka dia bukanlah dari kalangan  mereka."..Hadis riwayat Baihaqi..

Di antara hadis yang lain pula.." Seseorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, ia tidak akan menganiaya saudaranya itu, tidak mengkhianatinya, orang yang menjadi sasaran hajat kepada saudaranya adalah ia dihajati oleh ALLAH, sesiapa yang menyelesaikan satu kesusahan seorang muslim,ALLAH menyelesaikan satu dari kesusahan-kesusahannya di hari Kiamat dan barangsiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, maka ALLAH menutup keaibannya di hari Kiamat"
"Bandingan orang-orang mukmin pada persaudaraan mereka, pada saling kasih mengasihi dan pada tolong menolong sama seperti tubuh badan, apabila menderita sakit salah satu anggotanya, maka seluruh tubuh badan turut sama menderita tidak lena dan demam"..dan antara hadis yang biasa kita dengar.."Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya yang lain seperti dia mengsihi saudaranya sendiri"..

Dan banyak juga kisah pada zaman sahabat-sahabat yang boleh dijadikan iktibar sebagai panduan seperti kisah di zaman Saidina Umar apabila Madinah ketika itu dilanda kemarau yang dahsyat sehingga makanan terpaksa dicatu. Namun kesusahan tersebut dikongsi bersama dengan umat Islam yang lain seperti dari Syria dan Mesir. Gabenor Mesir sebagai contoh  telah mengirimkan sebanyak 4 ribu ekor unta yang sarat dengan bekalan makanan dan Saidina Umar telah mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada rakyatnya yang dalam kesusahan tanpa memilih bulu..Begitu hebatnya persaudaraan ketika zaman para sahabat dahulu dan bila direnungkan kembali..wujudkah persaudaraan sebegitu pada zaman yang serba moden ini?

Ketika berusrah kita ditekankan dengan rukun ukhuwah oleh para naqib dan naqibah..berlapang dada dengan sahabat, kesama rataan antara sahabat dan juga melebihkan sahabat. Hafal namalah, makanan kegemaranlah..sebab apa?sebab penting untuk ukhuwah kata para naqib dan naqibah.. Kita juga ditekankan tentang peri pentingnya ukhuwah antara sesama kita yang didasarkan atas tali aqidah yang sama. Namun adakah secara realitinya, kite terjemahkan ianya dalam bentuk praktikal?atau skadar retorik semata?..tepuk dada,tanya iman kita..(p/s muhasabah untuk diri saya juga.)

"Doa senjata orang mukmin"..doa adalah senjata paling ampuh bagi melawan musuh-musuh kita..Berdoalah untuk saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan sekarang khususnya di Gaza yang saban hari bermandikan hujan peluru dan juga hujan darah..ALLAH juga telah berfirman dalam Al-Quran.."sesiapa yang berdoa padaku nescya akan aku kabulkan doa mereka.."..ALLAH suka jika saban hari kita sentiasa berdoa kepadaNYA..tanda kita prihatin untuk mengenal Sang Pencipta..berdoalah sahabat-sahabat untuk saudara-saudara kita..Berdoalah, berdoalah dan terus berdoa...Kemenangan Islam pasti akan tiba jua..bila dan dimana bukan menjadi pokok persoalan..yang menjadi persoalan adakah kita menjadi salah satu penyumbang kepada kemenangan Islam?..fikir-fikir dan renung-renungkan...=)

Cukup kiranya sampai di sini sahaja nukilan penulis...apa yang baik kita ambil untuk dijadikan pedoman, apa yang buruk kita jadikan ianya sebagai sempadan..insyaALLAH di lain waktu yang berkelapangan lagi, jika berkesempatan dengan izin ALLAH..penulis akan menaip dan mencoret lagi untuk dikongsikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain..
Wassalam..=)



  (Buku "Cinta di langit Gaza" : Ustaz Riduan Mohamad Nor)

No comments:

Post a Comment