Friday, April 1, 2011

~LARANGAN ‘APRIL FOOL’DALAM ISLAM~

Pelbagai versi yang kita dengar apabila berbicara mengenai sejarah April Fool. Ade yang mengaitkan sejarah April Fool dengan Tragedi berdarah Granada umat Islam di Sepanyol yang berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai "The April Fool Day" oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain yang dikaitkan dengan sejarah April Fool. Namun apa yang ingin ditekankan disini bukanlah mengenai sejarah APRIL FOOL, tetapi adalah mengenai  budaya APRIL FOOL yang jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat jujur dalam kehidupan.

Apabila membicarakan mengenai April Fool’s Day, mereka atau golongan-golongan yang meraikan hari tersebut tidak dapat tidak lari daripada terlibat dengan unsur penipuan yang mana ianya merupakan salah satu  sifat mazmumah atau sifat yang buruk yang dilarang dalam Islam.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Menipu adalah satu sifat yang buruk dalam Islam. Malahan ianya merupakan salah satu daripada tanda-tanda orang yang munafik.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.
Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : “Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline. net]
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834
Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain.
Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda (bermaksud): Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”


Diantara yang lain pula adalah fatwa dari Syaikh Muhammad ibnu Shalih ibnu Utsaimin yang menyebut mengenai perkara:
“Berbohong walaupun dalam keadaan bergurau”:

Berbohong tidak dibenarkan sama ada bergurau atau serius kerana ia merupakan akhlak yang dicela yang mana tidak bersifat dengan sifat ini melainkan munafiq. Amat menyedihkan apabila kita banyak mendengar sebahagian manusia membahagikan perbohongan kepada 2 bahagian : ‘bohong putih’ dan ‘bohong hitam’. Apabila timbulnya mudhorat seperti memakan harta atau sikap melampaui batas atau yang seumpamaannya maka menurut mereka itu adalah bohong hitam. Apabila tidak ada unsur-unsur seperti itu maka ia adalah bohong putih.Ini adalah pembahagian yang batil. Bohong semuanya hitam. Namun ia bertambah hitam setiap kali ia mendatangkan mudhorat yang lebih besar.
Sempena topik ini saya ingin mengingatkan saudara saya umat Islam agar menghindarkan diri daripada apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang tidak cerdik dengan apa yang dipanggil ‘April Fool’ yang saya rasa tidak lama lagi. Pembohongan seperti ini yang diambil daripada orang yahudi, nasrani,majusi dan orang kuffar. Kemudian disamping ianya adalah dusta dan pendustaan adalah haram menurut syara’, ianya perbuatan yang menyerupai orang bukan Islam. Menyerupai bukan Islam adalah haram. Baginda telah bersabda:

 

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka”.
 Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah: Sanadnya Jayyid.
Kedudukan yang paling minima adalah haram walaupun zahirnya membawa erti kekufuran orang yang menyerupai mereka (golongan kuffar). Pembohongan (April fool) ini disamping ianya mengandungi dua larangan tersebut, ia juga menjatuhkan martabat seorang muslim di hadapan musuhnya. Ini kerana sudah sedia maklum pada tabiat kejadian manusia, orang yang ditiru perbuatannya akan berbangga ke atas orang yang meniru dan dia merasakan bahawa dirinya lebih kehadapan daripada orang yang meniru perbuatannya oleh kerana si peniru menjadi lemah sehingga sanggup menjadi orang yang meniru. Oleh itu pembohongan dalam april fool ini merupakan penghinaan terhadap orang mukmin kerana dia menjadi rendah diri dan mengikut orang-orang kuffar.
Kebanyakan daripada pembohongan ini adalah jijik , mengandungi perbuatan memakan harta secara batil atau menakutkan muslim yang lain. Barangkali dia berbohong mengatakan kepada orang lain: akan datang tetamu hari ini. Lalu orang tadi memasak makanan yang banyak, lauk daging dan seumpamanya. Barangkali juga dia bergurau dengan perkara yang menakutkan orang lain seperti katanya: penjaga kamu dilanggar kereta dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan walaupun bukan pada situasi ini. Hendaklah seorang muslim bertaqwa kepada Allah, berbangga dengan agamanya dan memandang tinggi terhadap agamanya supaya musuh umat Islam gerun kepadanya dan menghormatinya. Saya jamin buat setiap orang yang mempunyai perasaan bangga dengan agamanya dia akan menjadi mulia di hadapan manusia. Sesiapa yang merasa rendah diri di hadapan musuhnya dia akan menjadi orang yang paling hina di hadapan manusia, di sisi Allah dan di sisi musuh-musuhnya. Janganlah kamu menyangka -wahai muslim- perbuatan kamu meniru orang-orang kuffar dan mengikut perangai mereka akan menjadikan kamu mulia pada pandangan mereka. Bahkan ia merupakan kemuncak kehinaan. Kamu mengetahui tentang ini. Kalaulah seseorang mencontohi perbuatan kamu maka kamu akan merasakan kebanggaan buat diri kamu berbanding orang tersebut. Kamu akan merasakan dia lebih rendah di hadapan kamu kerana perbuatannya meniru-niru diri kamu. Perkara ini sudah diketahui dan dimaklumi berdasarkan tabiat manusia. Setiap kali musuh kita melihat kita kuat dan merasa mulia dengan agama kita, tidak mempedulikan mereka, tidak bergaul dengan mereka melainkan berdasarkan tunjuk ajar syara’ yang merupakan syari’at untuk sekian alam selepas kebangkitan Muhammad :

 

“katakanlah : wahai sekalian manusia sesungguhnya aku merupakan rasul Allah kepada kamu semua”

Sabda Rasulullah:
“demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, tidaklah seorang yahudi atau nasrani mendengar tentang diriku kemudian dia tidak beriman dengan agama yang aku bawa melainkan dia akan menjadi ahli neraka”- hadis.
Kalaulah ini keadaan ahli kitab maka bagaimana dengan orang-orang kuffar yang lain? Setiap yang mendengar tentang Muhammad dan tidak mengikutnya maka dia merupakan ahli neraka. Kalaulah keadaanya seperti ini kenapakah kita orang-orang Islam merendahkan diri kita dan mengikut orang lain? Kita semua mengetahui dialog yang terjadi antara Hercules maharaja rom dengan Abu sufian yang kafir (sebelum dia memeluk Islam). Ketika mana abu sufian mengelak untuk berdusta tentang Nabi Muhammad kerana bimbang akan dipersoalkan tentang pendustaannya sedangkan dia ingin berdusta untuk menjatuhkan Nabi. Kalaulah orang kafir seperti ini keadaannya maka mengapakah kamu wahai orang mukmin boleh berdusta.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga. Sentiasalah seseorang itu bercakap benar sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya berdusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Sentiasalah seseorang itu berdusta sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta”-

Kesimpulannya, APRIL FOOL adalah haram disambut oleh umat islam. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM untuk menyampaikan perkara ini kepada sesiapa yang masih belum mengetahuinya

-“Sampaikan dariku walau satu ayat”~


-DAIE MUTARABBI MEMIMPIN UMMAH-

~MOHD SYAKIRIN BIN MD ZAHAR

 TIMBALAN PRESIDEN
 PERSATUAN MAHASISWA ISLAM,
 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)

Tuesday, February 1, 2011

Rasulullah Menangis Melihat Wanita~

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

MENGUCAPKAN SELAMAT KEPADA ORANG BUKAN ISLAM PADA HARI PERAYAAN MEREKA

Orang Islam diperintahkan berurusan dengan adil lagi lemah lembut dengan tetangga bukan Islamnya. Orang Islam boleh mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam kerana hari perayaan mereka dan perbuatan ini menjadi lebih wajib jika orang bukan Islam itu mengucapkan selamat pada hari perayaan Islam. Allah subahanahu wata’ala brfirman: “Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti member salam), maka balaslah penghormatan itu dengan cara yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”…- An-nisa’ 4:86
Sesungguhnya, antara orang Islam dengan bukan orang Islam, ada hubungan padu yang sangat erat dan ditentukan serta dianggap perlu menurut cara dan tindak tanduk kehidupan sendiri, seperti hubungan sebagai jiran tetangga, persahabatan di tempat kerja atau di tempat belajar.
Selain itu juga, ada juga dikalangan orang Islam yang mungkin merasa dia sebenarnya berhutang budi kepada orang bukan Islam dalam keadaan yang tertentu seperti terhutang budi terhadap pertolongan yang telah diberikan dan sebagainya. Seorang Arab yang terkenal berkata bahawa kita terbelenggu oleh pertolongan orang lain.
Oleh yang demikian bagaimanakah kedudukan orang Islam terhadap orang bukan Islam yang seperti itu, yang sebenarnya sedikit pun tidak memusuhi orang Islam, tidak menentang mereka disebabkan oleh agama mereka dan tidak pula secara aktif mengusir orang Islam dari rumah dan tempat tinggal mereka?
Kitab Suci al-Quran menerangkan mengenai  bagaimana hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam dijalankan dalam surah al-Mumtahanah, yang pada dasarnya diturunkan dan ditujukan kepada golongan kafir musyrik. Allah subhanahu wata’ala berfirman: “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim”…–surah al-Mumtahanah 60:8-9.
Ayat di atas menetapkan bahawa ada perbezaan yang jelas diantara orang yang memerangi orang Islam dan memperlakukannya sebagai musuh dengan orang yang berinteraksi dan berurusan dengan orang Islam secara damai. Kita diperintah memperlakukan golongan yang kedua ini dengan baik dan dengan cara yang adil serta saksama.
Mengenai kumpulan yang satu lagi pula, ayat di atas jelas melarang berlaku taat setia serta memberi sokongan kepada mereka yakni golongan yang memilih menjadi musuh Islam dan Muslimin dan secara giat berusaha mengusir orang Islam dari kampung halaman dan tanah air mereka kerana tiada sebab lain melainkan orang Islam itu menyatakan bahawa tiada tuhan yang lain selain Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh orang Quarisy dan kaum kafir Mekah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya.
Rasulullah s.a.w. menasihati kita agar berurusan dengan orang bukan Islam dengan cara yang lemah lembut, bukan menggunakan cara yang keras dan mengancam. Sekumpulan orang Yahudi diriwayatkan mendatangi Rasulullah s.a.w. dengan ucapan yang sengaja dirosakkan lalu mengucapkan ‘Assam ‘alaikum, O Muhammad!’ (ertinya ‘mudah-mudahan maut dan kemusnahan menimpamu’), bukannya Assalammu ‘alaikum’, Aisyah r.a., yang mendengar ucapan mereka menjawab, ‘Assamu alaikum juga dan laknat serta kemurkaan Allah kepadamu!’ Aisyah serta merta ditegur oleh Rasulullah s.a.w. kerana kata-katanya itu. Aisyah memberitahu baginda, ‘Tidakkah tuan dengar apa kata mereka?’ Jawab baginda, ‘Aku dengar dan aku balas dengan mengatakan, “Dan kepada kamu” (yakni bahawa maut akan menimpa kamu juga seperti aku akn ditimpanya). Baginda seterusnya berkata, ‘Wahai Aisyah! Allah suka akan sifat lemah-lembut dalam semua perkara.’ –Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Sesungguhnya mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka merupakan lebih daripada kewajiban jika mereka mengucapkan selamat pada hari perayaan Islam, kerana kita diperintahkan membalas perlakuan baik dengan perlakuan yang serupa dan membalas ucapan selamat dengan dengan ucapan yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya dengan ucapan yang sama baiknya. Allah yang Maha Kuasa berfirman:” Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan cara yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”…-surah An-Nissa’ 4:86
Orang Islam dilarang bersifat kasar atau kurang sopan kepada sesiapa pun kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang lain, ‘Orang mukmin yang paling sempurna dari sudut imannya ialah orang yang memiliki tingkah laku yang sangat baik.’ –Diriwayatkan oleh Ahmad, at-Thirmidhi, Ad-Darmi dan abu Dawud. Dan baginda juga bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidaklah diutuskan melainkan untuk menyempurnakan tingkah laku yang paling mulia.’ –Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan Al-Bazzar dalam Kashful Astar.
Perkara ini menjadi lebih penting jika kita berminat mengajak orang bukan Islam ini  kepada Islam dan perkara itu tidak akan tercapai jika kita memperlakukan mereka dengan kasar, keras dan kejam, melainkan dengan kelakuan yang baik dan akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. berurusan dengan orang kafir Quraisy dengan cara dan tingkah laku yang paling baik sepanjang hidupnya di Mekah meskipun mereka memusuhi, membenci, menindas dan menghina baginda dan para sahabat secara melampau.
Sesetengah ulama’ seperti Ibn Taymiyyah dan muridnya, iaitu ulama besar Ibn al-Qayyim, menggunakan peraturan yang keras tentang boleh diterimanya perkara ini serta penyertaan orang Islam dalam perayaan bukan Islam. Kami juga menerima pendirian yang sama dengan menasihati orang Islam jangan merayakan perayaan orang bukan Islam, baik orang musyrik ataupun Ahlul Kitab, sebab kami dapati ada orang islam yang jahil merayakan Krismas sebagaimana yang biasanya mereka merayakan Aidilfitri dan Aidiladha dan mungkin malahan lebih daripada itu. Perkara ini haram, kerana kita orang Islam mempunyai perayaan kita sendiri yang unik.
Tidak ada masalahnya mengucapkan selamat kepada orang lain pada hari perayaan mereka jika dirasakan ada sedikit ikatan perhubungan atau persahabatan yang dirasakan positif dalam interaksi sosial, dan berbalas-balas ucapan selamat itu merupakan perkara penting dan dituntut dalam Syariah Islam kita yang mulia ini.
             Mengenai perayaan patriotik dan perayaan kebangsaan seperti Hari Merdeka, Hari Kanak-kanak dan sebagainya, tidak ada tegahan apa-apa kepada orang Islam untuk mengucapkan selamat kepada orang lain mengenai perkara-perkara tadi, dan sesungguhnya orang Islam boleh pula turut serta dalam perayaan-perayaan itu sebagai warganegara negara tersebut di samping menjaga tatatertib dan kawalan Islam dalam semua hal.

-Mohd Syakirin Bin Md Zahar
 Timbalan Presiden
 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) 

Rujukan: Buku fatwa menuju kehidupan moden,
   Majlis Fatwa dan Penyelidikan Islam Eropah

Monday, January 24, 2011

Isteri Pertama ~

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Adam tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Adam liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya ... ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Adam diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Adam seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Adam muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Adam, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Adam sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Adam berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Adam dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Adam. Bagi Fatimah, Adam seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Adam melamarnya menjadi isteri kedua.
Adam masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Adam tersebut. Bagi Fatimah, Adam tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Adam berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.Adam semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Adam, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Adam.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Adam dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Aisyah. Adam sekali lagi gusar takut-takut Aisyah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Adam menemui Tuhannya, namun, Aisyah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikiran Adam bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Aisyah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Aisyah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Adam berjumpa dengan Aisyah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Adam mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Adam tanpa segan silu.
“Sudi..” jawab Aisyah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Adam menerima jawapan Aisyah yang tenang dan yakin.
Aisyah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Adam.
“Kenapa saya?” tanya Adam ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Aisyah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Adam tersenyum.


Akhirnya, Adam dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Aisyah, Adam terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Aisyah sangat membantu gerak kerja Adam semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Adam membawa Aisyah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Aisyah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Aisyah. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Aisyah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Aisyah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Adam sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Aisyah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Adam menoleh sedikit ke arah Aisyah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Aisyah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Adam dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Aisyah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Adam yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Adam aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Adam membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Adam berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Aisyah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Adam menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Aisyah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari suaminya.
“Tak nampak pun,” Aisyah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Aisyah sangat berdebar.

Adam tersenyum lebar, memandang Aisyah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Adam...


"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masa mu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya" (Hassan Al-Banna)

Wednesday, January 5, 2011

Kisah Teladan~Bukti Kebesaran ALLAH


Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam.
Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.
Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka.
Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.
Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.
"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.
Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang.
Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang.
Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.
Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaAllah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.
"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus.
Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh.
Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin.
Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah.
Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemui-Nya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung.
Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah.
Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.
"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.
"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.
Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.
Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto.
Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.
Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran.
Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.
"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu.
Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu.
Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.
Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya.
Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam.
Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.
Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini.
Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia).
Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.
Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi.
Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.
Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.
Seorang kanak-kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap.
Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan.
Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.
Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa...? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "
Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat.
Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah.
Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut.
"Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.
"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.
"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik.
Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.
Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.
Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan.
Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu.
Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "
Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu.
Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya.
Ia masih ingat betul, bahawa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya.
Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah.
Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.
Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.
Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya.
Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.
"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... "Terdengar suara Roberto meminta belas.
Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya.
Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini.
Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.